Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TikTok lebih rela menutup operasi di Amerika Syarikat daripada menjualnya kepada syarikat lain

Beberapa hari lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan pakej keselamatan yang diluluskan oleh Presiden Joe Biden yang mengarahkan ByteDance iaitu pemilik TikTok untuk menjual perniagaan TikTok di AS diddalam masa 9 bulan atau menutup operasinya.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru daripada Reuters mendakwa ByteDance tidak akan menjual perniagaanya kepada syarikat AS yang lain malah lebih rela untuk menutup terus operasi platform ini.

Selain itu, algoritma TikTok dianggap teras kepada operasi ByteDance yang menjadikan potensi jualan platform ini sesuatu yang mustahil. ByteDance akan membuat rayuan di mahkamah dan berharap untuk menyekat undang-undang yang diluluskan baru-baru ini.

TikTok merupakan salah satu daripada platform media sosial terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, ianya mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan dan lebih 170 juta pengguna aktif di AS sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.