Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix GT 20 Pro kini menyokong kadar 120fps pada PUBG dan MLBB

Infinix GT 20 Pro telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan sambutan bagi telefon pintar gaming kelas midrange ini adalah sangat diluar jangkaan.

Terbaru, Infinix telah mengumumkan bahawa GT 20 Pro adalah antara telefon pintar pertama dipasaran yang menawarkan permainan video PUBG & MLBB dimainkan pada kadar 120fps.

Ini memberikan peminat dua permainan video popular ini pengalaman gaming yang lebih lancar dan memuaskan berbanding sebelum ini.

Menyentuh sedikit spesifikasi, Infinix GT 20 Pro  ini dikuasakan cip 4nm Dimensity 8200 Ultimate bersama cip khas gaming display, 12GB RAM + 256GB storan dalaman, skrin paparan AMOLED 144Hz berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, dual-speaker JBL, sensor tri-kamera 108MP dengan OIS + sensor depth + sensor makro dan kamera selfie 32MP.

Seterusnya, Infinix GT 20 Pro turut memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W HyperCharge, sistem penyejukan VC Cooling, antaramuka XOS 14 dan rekaan cyber mecha bersama gelung LED pada panel belakang.

Lain-lain ciri GT 20 Pro ini adalah penarafan IP54, Wi-Fi 6, sensor capjari dalam skrin, NFC, IR blaster dan dua kemaskini Android bersama tiga tahun kemaskini keselamatan berkala.

Akhir sekali, Infinix GT 20 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 didalam warna Mecha Blue, Mecha Orange, dan Mecha Silver.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.