Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba gaming Acer Nitro V16 kini di Malaysia – RM 4,899 sahaja

Acer secara rasminya telah mengumumkan bahawa komputer riba gaming mampu milik iaitu Acer Nitro V16 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,899.

Nitro V16 merupakan komputer riba pertama dalam siri Nitro untuk tampil dengan pemproses siri AMD Ryzen 8000. Ianya juga dilengkapi dengan teknologi Ryzen AI dan NVIDIA DLSS 3.5 untuk menyampaikan prestasi serba boleh dipertingkatkan AI dan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Selain itu, Acer Nitro V16 juga memiliki paparan 165Hz WUXGA berukuran 16.0-inci dengan nisbah 16:10, NVIDIA GeForce RTX 4050, 512GB SSD dan 16GB DDR5 RAM.

Selain itu, pengguna juga boleh memaksimumkan ciri yang didayakan AI semasa penstriman atau persidangan video, terima kasih kepada Acer PurifiedView yang disokong AI dan Acer PurifiedVoice 2.0 menggunakan tiga mikrofon dengan teknologi pengurangan hingar AI.

Selain itu, gamers juga boleh memantau prestasi dan suhu peranti dengan mudah menggunakan aplikasi utiliti NitroSense dengan satu klik kekunci NitroSense khas.

Acer Nitro V16 kini boleh dibeli di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta wakil penjual produk Acer di seluruh negara, komputer riba permainan Acer Nitro V 16 dijual pada harga RM4,899.

Bagi meraikan pelancaran Nitro V 16, pelanggan yang membelinya sebelum 16 Mei 2024, akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM438.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.