Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Roadshow HONOR Magic6 Pro tawar promosi hebat dengan hadiah bernilai RM 649,000

Menjelang sambutan Aidilfitri, HONOR Malaysia akan menganjurkan HONOR Magic6 Pro Roadshow di Sunway Pyramid mulai hari ini hingga 7 April, seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya dari 10 hingga 14 April.

Honor akan menawarkan diskaun sehingga RM200 dan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM649,000 apabila membeli peranti Honor yang terpilih di roadshow ini. 

Selain HONOR Magic6 Pro, peranti lain yang ditawarkan adalah HONOR Magic V2, HONOR X9b 5G, HONOR 90 5G, HONOR X8b, HONOR X7b, HONOR Pad 9 Wi-Fi dan HONOR Pad X9. Dapatkan hadiah percuma eksklusif HONOR Choice Watch hanya tersedia semasa jerayawara ini dengan setiap pembelian HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2.

 

Cabutan Bertuah Bernilai Sehingga RM130,000 Menanti

Pembelian di kedua-dua jerayawara tersebut turut memberikan anda peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM130,000 apabila membeli produk HONOR bernilai RM1,000 ke atas.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah HONOR Choice Robot Cleaner 2,HONOR Watch GS 3,  HONOR Earbuds 3 dan hadiah sagu hati seperti kredit Touch ‘N Go bernilai RM50, backpack dan beg komputer riba.  

Ketika mengunjungi jerayawara di Sunway Pyramid dan IOI City Mall, pastikan anda melengkapkan tiga aktiviti untuk menerima Calpis Soda percuma, sementara stok masih ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.