Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 RSR Porsche Design dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 7,499

Selain pelancaran Honor Magic6 Pro dan Honor Pad 9, Honor Malaysia juga telah membuat kejutan dengan melancarkan Magic6 RSR Porsche Design di Malaysia pada harga RM 7,499.

Honor Magic6 RSR Porsche Design memiliki rekaan panel belakang Flyline dengan rekaan kamera heksagon dan ianya ditawarkan didalam warna yang sama seperti kereta Porsche iaitu Agate Grey dan Frozen Berry.

Selain itu, Magic6 RSR Porsche Design tampil dengan sensor utama H9800 yang mengekalkan resolusi 50MP namun mempunyai kadar dinamik 15EV dan ianya juga menggunakan sistem pemfokusan LiDAR.

Seterusnya, Magic6 RSR Porsche Design juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan paparan dual-layer OLED Tandem Display yang meningkatkan jangka hayat skrin sebanyak 600% dengan degradasi kecerahan kurang 1% walaupun selepas tiga tahun penggunaan.

Honor Magic6 RSR Porsche Design akan ditawarkan untuk pembelian melalui jemputan eksklusif pada harga RM 7,499 dan pendaftaran kini dibuka di laman rasmi Honor Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.