Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A35 5G – Ciri Keselamatan Knox Vault kini pada Galaxy A Series

Samsung Galaxy A35 5G

Susulan pelancaran Galaxy S24 Series pada awal bulan lalu, Samsung kini telah mengalihkan perhatian kepada pelancaran siri telefon pintar midrange Galaxy A Series mereka.

Samsung Galaxy A Series adalah telefon pintar kelas pertengahan yang sangat popular dikalangan pengguna dan tahun ini Samsung telah memperkenalkan Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G untuk mengetuai cabaran Samsung dipasaran midrange.

Pada artikel ini kita akan bercakap mengenai model Galaxy A35 5G yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,699 dan berikut adalah pandang pertama kami mengenai model Galaxy A ini.

Skrin AMOLED dengan lapisan gelas Victus+

Samsung Galaxy A35 5G kini hadir dengan panel skrin Infinity-O yang telah direka semula dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 1,000nits. Paparan Super AMOLED berukuran 6.6-inci memiliki resolusi FHD+ dengan ciri Vision Booster untuk paparan yang lebih jelas walaupun dibawah cahaya matahari.

Menariknya, panel skrin AMOLED pada Galaxy A35 5G ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Victus+ yang memberikan satu lapisan perlindungan tambahan daripada jatuhan yang tidak disengajakan.

Data peribadi terjamin dengan Samsung Knox Vault

Buat kali pertama didalam sejarah Galaxy A Series, Samsung Galaxy A35 5G kini disertakan dengan ciri keselamatan yang melindungi dunia digital anda.

Sebelum ditawarkan pada generasi baharu Galaxy A Series ini, Samsung Knox Vault hanya ditawarkan pada telefon pintar flagship keluaran syarikat ini seperti Galaxy S Series dan Galaxy Z Series.

Kelebihan Samsung Knox Vault adalah ianya memastikan segala data pengguna seperti pin, kata laluan, pattern dan banyak lagi disimpan dengan lebih selamat daripada ancaman penggodam.

Data anda yang disulitkan akan dipindahkan dengan selamat ke storan Samsung Knox Vault, yang diasingkan sepenuhnya daripada sistem pengendalian utama.

Rekaan Premium

Samsung Galaxy A35 5G tahun ini tampil lebih premium dengan kombinasi kerangka yang flat bersama panel belakang gelas. Ianya memberikan satu kemasan yang bukan hanya kelihatan premium malah selesa untuk dipegang.

Anda boleh memilih daripada 3 warna elegan iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Sistem Kamera lebih baik

Di atas kertas, Galaxy A35 5G menampilkan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor selfie 13MP.

Selain itu, ciri Nightography telah dipertingkatkan pada Galaxy  A35 5G, dikuasakan oleh AI Image Signal Processing (ISP) termaju untuk imej cahaya malap yang lebih cantik dan jelas. Selain itu, gambar potret malam dan rakaman video HDR 12-bit memastikan setiap potret dan wefie yang diambil adalah sesuatu yang menakjubkan.

Nantikan ulasan kami untuk melihat gambar-gambar yang telah diambil dengan Galaxy A35 5G.

Bateri tahan 2 hari

Samsung Galaxy A35 5G menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang memastikan jangka hayat telefon pintar didalam satu pengecasan adalah sehingga 2 hari dan ianya juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas Super Fast Charging 25W. Adapter harus dibeli berasingan.

Dapatkan Galaxy A35 5G mulai 22 Mac ini

Tidak sabar untuk mendapatkan Galaxy A35 5G anda?, jualan rasmi Samsung Galaxy A35 5G akan bermula pada 22 Mac ini di Samsung Experience Store, Wakil penjual rasmi Samsung , Samsung Brand Store di Shopee dan Lazada, dan Samsung Malaysia Online Store pada harga RM 1,699.

Setiap pembelian akan turut menerima 2 tahun langganan pelan Samsung Care+ dan diskaun 30% bagi pembelian Galaxy Fit3 atau aksesori rasmi Samsung.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy A35 5G di Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.