Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A55 5G – Rekaan Premium & Ciri Keselamatan Knox Vault

Samsung Galaxy A55 5G

Pelancaran Galaxy A Series pada tahun ini telah berlangsung selepas pelancaran Galaxy S24 Series dan siri telefon pintar midrange ini sentiasa mendapat permintaan yang luar biasa khususnya kerana harga jualan yang lebih berpatutan.

Samsung telah memperkenalkan Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G namun Galaxy A55 5G boleh dikatakan lebih mencuri tumpuan dengan beberapa ciri yang lebih premium membawanya lebih hampir kepada peranti flagship.

Pada artikel ini kita akan bercakap mengenai model Galaxy A55 5G yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 dan berikut adalah pandang pertama kami mengenai model Galaxy A ini.

Skrin AMOLED dengan lapisan gelas Victus+

Samsung Galaxy A55 5G memiliki Super AMOLED berukuran 6.6-inci yang memiliki resolusi FHD+ dengan ciri Vision Booster untuk paparan yang lebih jelas walaupun dibawah cahaya matahari. Ianya turut menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz bersama kecerahan maksima sehingga 1,000nits.

Menariknya, panel hadapan dan belakang Galaxy A55 5G ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Victus+ yang memberikan anda ketenangan minda daripada sebarang calar atau skrin retak. Ianya adalah dua kali ganda lebih kalis calar berbanding panel Gorilla Glass 5 yang digunakan pada Galaxy A54 5G.

Data peribadi dan Keselamatan Digital lebih terjamin dengan Samsung Knox Vault

Buat kali pertama didalam sejarah Galaxy A Series, Samsung Galaxy A55 5G kini disertakan dengan ciri keselamatan Knox Vault yang melindungi dunia digital anda.

Sebelum ditawarkan pada generasi baharu Galaxy A Series ini, Samsung Knox Vault hanya ditawarkan pada telefon pintar flagship keluaran syarikat ini seperti Galaxy S Series dan Galaxy Z Series.

Kelebihan Samsung Knox Vault adalah ianya memastikan segala data pengguna seperti pin, kata laluan, pattern dan banyak lagi disimpan dengan lebih selamat daripada ancaman penggodam.

Data anda yang disulitkan boleh dipindahkan dengan selamat ke storan Samsung Knox Vault, yang diasingkan sepenuhnya daripada sistem pengendalian utama.

Cipset Octa-Core yang lebih berkuasa

Samsung Galaxy A55 5G dikuasakan cip octa-core Exynos 1480 dengan GPU Xclipse 530 yang berasaskan AMD RDNA2 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Prestasi cipset ini dijangka lebih baik berbanding pada generasi sebelum ini dan kami tidak sabar untuk menguji kemampuan telefon pintar ini ketika membuat ulasan penuh.

Rekaan premium setaraf flagship

Samsung Galaxy A55 5G tahun ini tampil lebih premium dengan rekaan yang menampilkan kombinasi kerangka besi yang flat bersama panel belakang gelas. Ianya memberikan satu kemasan yang sangat premium setaraf peranti flagship Samsung.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy A55 5G juga memiliki penarafan IP67, satu ciri yang sangat ‘rare’ bagi telefon pintar kelas midrange seperti ini.

Anda boleh memilih daripada 3 warna elegan iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Bateri 5,000mAh 

Samsung Galaxy A55 5G menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang memastikan jangka hayat telefon pintar didalam satu pengecasan adalah sehingga 2 hari dan ianya juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas Super Fast Charging 25W. Adapter harus dibeli berasingan.

Dapatkan Galaxy A55 5G mulai 22 Mac ini

Tidak sabar untuk mendapatkan Galaxy A35 5G anda?, jualan rasmi Samsung Galaxy A35 5G akan bermula pada 22 Mac ini di Samsung Experience Store, Wakil penjual rasmi Samsung , Samsung Brand Store di Shopee dan Lazada, dan Samsung Malaysia Online Store pada harga RM 1,999.

Setiap pembelian Galaxy A55 5G akan menerima Galaxy Buds FE bernilai RM 399, 1 tahun lanjutan waranti dan 30% diskaun bagi pembelian Galaxy Fit3 atau aksesori rasmi Samsung.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy A55 5G di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.