Cipset Snapdragon 8s Gen 3 kini rasmi – cipset flagship pada kos lebih rendah
Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan cipset Snapdragon 8s Gen 3 yang merupakan cipset yang menawarkan beberapa ciri premium 8-series namun pada kos yang lebih rendah.
Cip Snapdragon 8s Gen 3 ini adalah diperbuat daripada proses 6nm yang mempunyai satu teras utama Cortex-X4 pada kelajuan 3.0GHz, 4 teras ‘performance’ pada kelajuan 2.8GHz dan 3 teras ‘efficiency’ pada kadar 2.0GHz. Ianya juga menyokong kapasiti sehingga 24GB jenis LPDDR5x RAM dan UFS 4.0.
Selain itu, cipset baharu ini akan menawarkan ciri Generative AI yang lebih menyeluruh selain pengalaman kamera kelas flagship dan pretasi gaming premium yang termasuk ray tracing.
Bagi paparan, ianya mampu menyokong panel sehingga QHD+ dengan kadar segar semula variable antara 1Hz sehingga 240Hz.
Akhir sekali, Snapdragon 8s Gen 3 akan digunakan oleh kebanyakkan pengeluar telefon pintar Android yang termasuk Honor, iQOO, Realme dan Xiaomi bermula dari bulan ini.