Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 40 Pro 5G dan NOTE Pro+ 5G turut dilancarkan – lebih premium bersama pengecasan All-Round FastCharge 2.0

Infinix secara rasminya telah memperkenalkan  telefon pintar Infinix NOTE 40 Series sebentar tadi di majlis pelancaran global yang telah berlangsung di Malaysia.

Infinix NOTE 40 Series ini terdiri daripada 4 model iaitu NOTE 40, NOTE 40 Pro, NOTE 40 Pro 5G dan NOTE Pro+ 5G.

Artikel ini kita akan memperkatakan tentang Infinix NOTE 40 Pro 5G dan NOTE 40 Pro+ 5G.

Infinix NOTE 40 Pro 5G

NOTE 40 Pro 5G hadir dengan skrin paparan 3D Curved  AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Dimensity 7020, 8GB RAM bersama ciri Extended RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 45W.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama 108MP dengan OIS , sensor potret 2MP + sensor makro 2MP. Terdapat lampu Active Halo.

Infinix NOTE 40 Pro 5G juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14, sensor capjari dan penarafan kalis air dan habuk IP54.

Infinix NOTE 40 Pro+ 5G

Infinix NOTE 40 Pro+ 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED (10-bit) berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan ianya juga memiliki panel skrin melengkung pada kedua-dua sisi yang turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Dimensity 7020, 12GB RAM bersama ciri Extended RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 100W All-Round FastCharge 2.0 dan 50W Wireless MagCharge.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama 108MP dengan OIS , sensor potret 2MP + sensor makro 2MP. Terdapat lampu Active Halo.

Infinix NOTE 40 Pro+ 5G  juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14, sensor capjari dan penarafan kalis air dan habuk IP54.

Harga jualan NOTE 40 Pro 5G dan NOTE 40 Pro+ 5G akan diumumkan pada 19 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.