Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 40 Pro dan NOTE 40 kini rasmi dengan teknologi pengecasan All-Round FastCharge 2.0

Infinix secara rasminya telah memperkenalkan  telefon pintar Infinix NOTE 40 Series sebentar tadi di majlis pelancaran global yang telah berlangsung di Malaysia.

Infinix NOTE 40 Series ini terdiri daripada 4 model iaitu Infinix NOTE 40, Infinix NOTE 40 Pro, Infinix NOTE 40 Pro 5G dan Infinix NOTE Pro+ 5G.

Pada artikel ini kita akan memperkatakan tentang Infinix NOTE 40 dan Infinix NOTE 40 Pro.

Infinix NOTE 40 Pro 5G dan NOTE Pro+ 5G turut dilancarkan – lebih premium bersama pengecasan All-Round FastCharge 2.0

Infinix NOTE 40

Terus kepada spesifikasi, Infinix NOTE 40 memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan 360Hz.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Helio G99 Ultimate, sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 45W.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama 108MP dengan AF, sensor potret 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Infinix NOTE 40  juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14, sensor capjari dan penarafan kalis air dan habuk IP54. Ianya akan ditawarkan didalam dua warna Vintage Green dan Titan Gold.

Infinix NOTE 40 Pro 4G

Infinix NOTE 40 Pro 4G memiliki skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan 360Hz dan kecerahan maksima 1,300nits.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Dimensity Helio G99 Ultimate, 8GB/12GB RAM bersama storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 70W All-Round Fast Charge 2.0 dan Wireless 20W MagCharge yang dikuasakan dengan cipset Cheetah X1.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama ISOCELL 108MP dengan OIS , sensor potret 2MP + sensor makro 2MP. Terdapat lampu Active Halo.

Infinix NOTE 40 Pro 4G juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14, sensor capjari dan penarafan kalis air dan habuk IP54. Ianya akan ditawarkan didalam tiga warna Vintage Green, Titan Gold dan Racing Edition.

Harga jualan bagi Infinix NOTE 40 dan NOTE 40 Pro di Malaysia akan diumumkan pada 19 Mac.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.