Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2a) kini dijual secara rasmi di Malaysia

Nothing Phone (2a) telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac yang lalu dan Nothing telah mengumumkan telefon pintar ini kini telah mula dijual di Malaysia pada harga RM 1,699.

Nothing Phone (2a) menggunakan rekaan konsep pertama syarikat ini yang dibangunkan pada tahun 2022 selang beberapa bulan selepas pelancaran Nothing.

Selain itu, aspek utama Nothing Phone 2 ini adalah rekaan sistem dwi-kamera dibahagian belakang yang terletak pada gegelung NFC yang digelar sebagai ‘the eyes’ dan sisi panel belakang juga mempunyai sudut 90° yang lebih tahan jatuhan. Ianya ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, White atau Milk.

Seterusnya, Nothing Phone (2a) juga tampil dengan sistem ikonik Glyph yang mempunyai 26 zon individu yang menyokong Glyph Timer, Glyph Torch dan Glyph Progress.

Beralih kepada bahagian dalaman, Nothing Phone (2a) ini dikuasakan cip Dimensity 7200 Pro yang dibangunkan bersama MediaTek dan ianya dikilangkan oleh TSMC pada proses 4nm terkini. Ianya beroperasi pada Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14 dengan 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Pada bahagian hadapan pula, Phone (2a) tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima sehingga 1,300nits dan HDR10+.

Ke bahagian kamera pula, Phone (2a) tampil dengan sistem dwi-kamera 50MP f/1.88 dengan OIS dan sensor ultrawide 50MP f/2.2 dengan fokus tetap. Kamera selfie adalah 32MP f/2.2 yang diwarisi dari Phone (2).

Dalam pada itu, Phone (2a) juga memiliki bateri terbesar dikalangan telefon pintar Nothing iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W yang mampu memberikan 100% pengecasan didalam masa 59 minit. Nothing juga mendakwa bateri Phone (2a) akan kekal pada kapasiti 90% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

Nothing Phone (2a) kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,699 didalam varian 8/256GB mulai 9 Mac dan ianya tampil dengan barangan eksklusif Nothing jika pembelian dibuat pada 9 Mac di stor yang terpilih seperti berikut :

  1. DirectD – PJ Mega Store
  2. TMT – Midvalley Megamall
  3. Urban Republic – Pavilion Kuala Lumpur
  4. Vivid Concepts – Sunway Pyramid Mall
  5. Tac Mobile – Aeon Bukit Tinggi

OPERATOR:
1. Yes5G – Lot10 Mall

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.