Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR sasar untuk menguasai 20% pasaran Malaysia menjelang penghujung tahun 2024

Honor Malaysia mensasarkan untuk mencapai 20% penguasaan pasaran menjelang akhir 2024. Pencapaian ini dilakukan menerusi pengenalan model baharu dalam kelas pertengahan hingga premium dengan menggabungkan teknologi inovatif.

Di pasaran Malaysia, HONOR mencatatkan pertumbuhan pesat dan pada tahun 2023, HONOR Magic Series berjaya berada didalam kedudukan antara tiga model telefon pintar premium terbaik bagi julat harga melebihi RM4,000. Pada Disember lalu, HONOR juga telah menguasai lebih 50% pasaran dalam julat harga RM1,000 hingga RM2,500 untuk telefon kelas pertengahan pelancaran model seperti HONOR 90 Lite dan HONOR X9b yang menjadi antara model telefon pintar terlaris didalam kelas harga ini.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) HONOR memainkan peranan penting dalam memajukan teknologi, terutamanya dalam telefon boleh lipat. Dengan 60% daripada 13,000 kakitangan global adalah pakar R&D, HONOR memastikan peranti seperti HONOR Magic V2 yang baru dilancarkan menonjol sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia. Ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi jenama ini terhadap inovasi teknologi.

Pada 25 Februari lalu, HONOR melancarkan HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 RSR Porsche Design di Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, Sepanyol. Susulan pelancaran global itu, HONOR Malaysia juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan HONOR Magic6 Pro di negara ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.