Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,499

realme secara rasminya telah melancarkan realme 12+ 5G dan realme 12 Pro+ 5G  di Malaysia dengan harga jualan yang sangat kompetitif iaitu dari RM 1,499 sahaja.

realme 12 Pro+ 5G

realme 12 Pro+ 5G  tampil skrin paparan OLED 120Hz Curved Vision berukuran 6.7-inci dengan kecerahan maksima sehingga 950 nits, cip Snapdragon 7s Gen 2, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Selain itu, realme 12 Pro+ 5G memiliki sensor utama 50MP IMX890 dengan aperture f/1.8, sensor periskop telefoto 64MP dengan 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, realme 12 Pro+ 5G juga disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 67W, rekaan berasaskan jam tangan mewah, realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14 dan sistem penyejukan 3D VC Cooling.

realme 12 Pro+ 5G  akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Submariner Blue dan Navigator Beige pada harga RM 1,699 bagi versi 8/256GB dan RM 2,099 bagi versi 12/512GB.

Selain itu, peminat realme juga boleh mendapatkan realme 12 Pro+ 5G pada harga RM 1,599 ketika jualan 3.3 di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

realme 12+ 5G

realme 12+ 5G dilancarkan di Malaysia sebagai negara pertama untuk menerima model ini dan ianya mempunyai harga RM 1,499.

realme 12+ 5G akan hadir dengan skrin paparan 120Hz Smooth AMOLED berukuran 6.67-inci, cip Dimensity 7050, 12GB RAM + 256GB storan dalaman, sensor utama 50MP LYT-900 dengan OIS, sensor ultra-wide 8MP 112° dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, realme 12+ 5G juga  memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC dan realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

realme 12+ 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,499 didalam dua pilihan warna iaitu Pioneer Green dan Navigator Beige.

realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G juga hafir penggantian 1-ke-1 untuk tempoh 30 hari untuk realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G yang dibeli dan diaktifkan antara 1 Mac dan 31 Mac 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.