Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Ring diperlihatkan secara rasmi

Samsung secara rasminya telah mengumumkan Galaxy Ring di Mobile World Congress yang bermaksud lebih banyak maklumat rasmi mengenai cincin kecergasan ini diketahui sebelum jualan rasmi bermula lewat tahun ini.

Untuk permulaan, Galaxy Ring akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu ceramic black, platinum silver, dan gold dengan saiz 5 – 13 yang akan mempunyai tanda S-XL.

Selain itu, antara parameter kesihatan yang boleh diukur oleh Galaxy Ring adalah kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tidur dan pergerakan malam, malah boleh mengesan tanda-tanda awal apnea tidur. Samsung juga mengiklankan Ring sebagai pelengkap kepada Galaxy Watch yang membolehkan pegawasan kesihatan dan perekod aktiviti kecergasan 24/7 yang lebih efektif.

Dalam pada itu, Galaxy Ring juga mengira skor Vitality anda berdasarkan gabungan aktiviti harian, tidur, kadar denyutan jantung biasa dan kebolehubahan kadar denyutan jantung. Pengguna juga boleh menetapkan matlamat kesejahteraan khusus dan menerima maklum balas tentang kemajuan mereka melalui kad Booster yang tersedia dalam aplikasi Samsung Health.

Buat permulaan, Galaxy Ring hanya boleh digunakan secara eksklusif dengan telefon pintar Galaxy namun ianya akan turut menyokong peranti Android yang lain selepas itu.

Pelancaran Galaxy Ring mungkin berlangsung serentak dengan pelancaran Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 sekitar bulan Julai – Ogos tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.