Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Enco Buds2 Pro – TWS entry-level dengan jangka hayat bateri luar biasa

Pengenalan

Bersama pelancaran OPPO Reno11 Series 5G, OPPO Malaysia juga telah memperkenalkan satu TWS kelas entry-level terbaru mereka iaitu OPPO Enco Buds2 Pro.

OPPO Enco Buds2 Pro boleh dikatakan sebagai sebuah TWS yang disasarkan kepada golongan muda yang mencari sebuah earbuds yang menawarkan nilai belian terbaik.

Berikut adalah ulasan OPPO Enco Buds2 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 169 sahaja.

Rekaan

OPPO Enco Buds2 Pro mempunyai rekaan yang  berbeza apabila dibandingkan dengan OPPO Enco Buds 2 yang mana generasi baharu ini mempunyai bucu yang melengkung bersama kemasan yang menampilkan imej lebih premium.

Selain itu, setiap earbuds OPPO Enco Buds2 Pro ini adalah sekitar 4.3 gram manakala bekas pengecasan mempunyai berat 46.7 gram dan ianya boleh didapati didalam warna iaitu Granite White dan Graphite Black. Ianya mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP55.

Pada bahagian hadapan terdapat satu lampu indikasi LED manakala butang fungsi dan slot USB-C diletakkan bersebelahan antara satu sama lain pada bahagian belakang.

Dalam pada itu, rekaan earbuds ini juga sedikit berbeza dimana tangkai earbuds ini adalah lebih lebar dengan sudut melengkung yang menambahkan nilai estetik earbuds ini.

Secara keseluruhanya, Enco Buds2 Pro mempunyai rekaan yang cukup baik dengan kualiti pertukangan yang patut diberikan pujian walaupun ianya adalah earbuds mampu milik daripada syarikat ini.

Ciri-Ciri Audio

Untuk menikmati keupayaan penuh OPPO Enco Buds2 Pro ini, pastikan anda memuatnaik aplikasi HeyMelody yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

HeyMelody membolehkan anda mengakses pelbagai tetapan earbuds seperti kemaskini perisian, peratusan bateri setiap earbuds, tahap pembatalan bunyi hingar, Sound Master EQ dan banyak lagi.

Selain itu, OPPO juga memberikan anda menetapkan kawalan earbuds pada aplikasi ini dan ianya boleh disesuaikan mengikut mengikut keperluan anda.

Akhir sekali, satu lagi ciri menarik HeyMelody adalah ciri Find my earbuds yang membolehkan anda mengesan earbuds anda yang hilang dimana apabila ciri ini diaktifkan ianya akan mengeluarkan bunyi beep yang agak kuat.

Pemacu 12.4mm

OPPO Enco Buds2 Pro menampilkan unit pemacu  12.4mm, yang boleh meningkatkan kualiti bass dengan membenarkan lebih banyak aliran masuk udara. Lapisan tambahan titanium dalam getaran diafragma meningkatkan kekuatan audio dan memberikan tindak balas segera untuk audio yang lebih berkuasa dan jelas.

Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuner

OPPO Enco Buds2 Pro juga menawarkan ciri Dirac Audio Tunner apabila ianya digunakan bersama  telefon pintar OPPO dan ciri Dolby Atmos juga menjadikan tontonan video dan pendengaran muzik lebih mengasyikkan.

Bluetooth 5.3

OPPO Enco Buds2 Pro tampil dengan teknologi Bluetooth 5.3 yang  menyokong sambungan yang lebih stabil dan lebih pantas. Ianya juga menawarkan latensi  94ms sangat rendah mengikuti tempo permainan yang paling pantas, untuk pengalaman gaming yang terbaik.

Jangka Hayat Bateri

OPPO Enco Buds2 Pro tampil dengan jangka hayat bateri yang sangat memuaskan iaitu sekitar 8 jam pendengaran melalui bateri pada earbuds atau sehingga 38 jam pendengaran apabila digunakan bersama bekas pengecasan.

Selain itu, earbuds ini juga menawarkan anda sehingga 4 jam waktu panggilan atau sehingga 20 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasan.

Penutup

OPPO Enco Buds2 Pro adalah sebuah TWS yang telah menambahbaik beberapa kelemahan yang boleh dilihat pada generasi sebelum ini dan ianya juga disertakan jangka hayat bateri lebih lama.

Agak mengecewakan, OPPO tidak menawarkan ciri pembatalan bunyi hingar aktif walaupun ada beberapa pengeluar telah mula menawarkan ciri ini lada earbuds entry level.

OPPO Enco Buds2 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 169.

Dapatkanya di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.