Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2a) disahkan tampil dengan cip Dimensity 7200 Pro

Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa Telefon (2a) dikuasakan cip pemproses Dimensity 7200 Pro yang dibangunkan dengan kerjasama MediaTek untuk memberikan prestasi terbaik dengan penggunaan kuasa yang optimum.

Dimensity 7200 Pro ini diperhuat pada proses 4nm generasi kedua terbaharu TSMC, pemproses Nothing Phone (2a) berkuasa dengan mudah melakukan sebarang tugas dengan kecekapan kuasa yang tiada tandingan dan kelajuan yang sangat pantas.

Selain itu, Cip 8-teras dengan kelanjuan sehingga 2.8 GHz, bersama 20GB RAM sehingga dengan teknologi RAM Booster , memastikan multitasking yang pantas dan responsif sepanjang hari. Ini menghasilkan prestasi yang 18% lebih berkuasa daripada Nothing Phone (1) dan 16% lebih cekap dari segi kecekapan bateri berbanding Nothing Phone (1).

Selain itu, Nothing juga telah memperkenalkan teknologi Smart Clean, yang membolehkan Phone (2a) membersihkan  fail secara kerap – pengoptimuman yang meningkatkan kelajuan membaca dan menulis. Ini memastikan Phone (2a) beroperasi pantas seperti pada hari pertama, walaupun selepas bertahun-tahun digunakan.

Nothing Phone (2a) akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac ini. Saksikan siaran langsung di http://nothing.tech/pages/event

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.