Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova Y72 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899

nova Y72

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa nova Y72 akan ditawarkan di Malaysia mulai 23 Februari ini pada harga RM 899.

nova Y72 hadir dengan skrin paparan LCD Huawei FullView berukuran 6.72-inci dengan resolusi HD+, dikuasakan cip Kirin 710A, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, nova Y72 juga tampil dengan sensor utama 50MP bersama sensor makro 2MP dan kamera selfie 8MP.

Seterusnya, nova Y72 juga memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan SuperCharge 22.5W, antaramuka EMUI 12, butang X untuk akses pantas kepada aplikasi terpilih dan pelbagai arahan pra-tetap.

Dapatkan HUAWEI nova Y72 pada harga RM899 didalam dua pilihan warna iaitu Black dan Green. Setiap pembelian akan turut menerima FreeBuds SE 2 bernilai RM 199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.