HUAWEI Pocket 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari ini
Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flip mereka yang terbaru iaitu Huawei Pocket 2 akan dilancarkan pada 22 Februari ini.
Teaser rasmi ini juga secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa Huawei Pocket 2 akan memiliki dua bulatan dibahagian belakang yang mana satu adalah untuk kamera manakala satu lagi adalah untuk paparan luar.
Dalam pada itu, pelancaran Pocket 2 juga dilihat lebih awal berbanding jangkaan kerana ianya dilaporkan akan dilancarkan bersama Huawei P70 Series.
Dari segi spesifikasi, tidak banyak yang diketahui namun Pocket 2 mungkin akan dikuasakan cip Kirin 9000S, HarmonyOS 4.0 dan bateri yang lebih besar.