Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rekaan Xiaomi 14 Ultra didedahkan – pelancaran rasmi pada 22 Februari ini

Xiaomi 14 Ultra

Xiaomi 14 Series telah dilancarkan sebelum ini namun watak utama siri telefon pintar flagship ini iaitu Xiaomi 14 Ultra telah disahkan akan dilancarkan pada 22 Februari ini di China.

Berdasarkan beberapa gambar rasmi yang dikongsi oleh Xiaomi, 14 Ultra akan memiliki rekaan yang sama seperti Xiaomi 13 Ultra yang mana ianya tampil dengan kemasan berasaskan faux leather didalam dua warna iaitu putih dan hitam.

Dalam pada itu, Xiaomi 14 Ultra juga menampilkan penggunaan sistem kamera yang dibangunkan bersama Leica dengan sensor telefoto IMX858 yang menawarkan 3.2x zoom dan kanta periskop telefoto 5x juga pada sensor IMX858.

Seterusnya, Xiaomi 14 Ultra juga akan memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 3, sensor utama 50MP (Sony LYT-900) dan bateri berkapasiti 5,300mAh.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Xiaomi 14 Ultra pada 22 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.