Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Pad Neo – tablet mampu milik sesuai untuk hiburan dan kerja

Pengenalan

Majlis pelancaran OPPO Reno11 Series di Malaysia juga telah menyaksikan OPPO memperkenalkan satu lagi model tablet terbaru syarikat ini iaitu OPPO Pad Neo.

OPPO Pad Neo adalah versi antarabangsa bagi OPPO Pad Air2 yang dilancarkan di China beberapa bulan lalu dan ini adalah ulasan bagi tablet midrange terbaru syarikat ini.

Jom baca Ulasan OPPO Pad Neo yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,199.

Reka Bentuk

OPPO Pad Neo adalah sebuah tablet yang mempunyai penampilan yang premium dengan reka bentuk dwi-panel  yang agak unik dengan posisi modul kamera dibahagian tengah panel belakang.

Selain itu, tablet ini juga menampilkan proses Reno Glow yang melibatkan 5 lapisan untuk satu kemasan yang matte tanpa menampakkan kesan capjari.

Dalam pada itu, OPPO Pad Neo tampil dengan reka bentuk rangka yang sangat nipis iaitu pada ukuran 6.89mm dan ini membolehkan ianya mudah dipegang dan dibawa kemana sahaja anda mahu.

Selain itu, OPPO Pad Neo juga tampil dengan 4 pembesar suara Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang terbaik dimana dua pembesar suara diletakkan pada bahagian atas dan dua dibahagian bawah.

Selain itu, tablet ini juga membawakan teknologi eksklusif daripada OPPO iaitu Omnibearing Sound Field technology yang boleh mengesan sama ada anda memegang tablet secara menegak atau mendatar dan tetapkan bahagian kiri dan saluran audio yang betul dengan sewajarnya, supaya anda boleh menikmati persekitaran yang mengasyikkan bunyi yang sepadan dengan tontonan anda.

Secara keseluruhan, OPPO Pad Neo mempunyai rekaan yang premium dan kemampuan OPPO untuk menawarkan sebuah tablet yang mempunyai penampilan premium walaupun pada tahap harga berpatutan adalah sesuatu yang patut diberikan pujian.

Skrin Paparan

Sebagai sebuah peranti yang memfokuskan kepada hiburan dan kerja, skrin paparan adalah satu aspek utama bagi sebuah tablet dan skrin yang dimiliki OPPO Pad Neo tidak mengecewakan kami.

OPPO Pad Air disertakan dengan skrin paparan LCD berukuran 11.4-inci dengan resolusi 2.4K+ 2408 x 1720 piksel yang merupakan panel skrin terbaik yang anda boleh peroleh pada tahap harga ini.

Selain itu, skrin paparan OPPO Pad Neo ini adalah paparan 1 bilion warna mempunyai kadar segar semula 90Hz bezel sisi dengan kepadatan piksel 260ppi.

Seterusnya, OPPO Pad Neo telah menerima pensijilan TÜV Rheinland sebagai peranti dengan skrin yang menawarkan perlindungan daripada cahaya biru .

Lebih-lebih lagi, paparan OPPO Pad Neo ini juga menawarkan perlindungan mata yang mengurangkan ketegangan mata yang disebabkan oleh penggunaan skrin yang berpanjangan, dengan itu menawarkan pengalaman visual yang lebih selesa baik ketika menikmati hiburan atau fokus kepada tugas kerja.

Secara keseluruhan, panel skrin OPPO Pad Neo dengan resolusi 2.4K+ ini terbukti mampu memberikan anda pengalaman visual yang imersif namun pada pendapat kami warna pada panel LCD ini adalah sedikit pudar dan pengguna dapat melihat perbezaan ini apabila beralih dari telefon pintar mereka yang mungkin menggunakan panel skrin OLED.

Pemproses

OPPO Pad Neo dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G99 yang dilihat mampu menawarkan prestasi yang stabil dan konsisten

Bersama cipset Helio G99 ini, OPPO Pad Neo juga disertakan dengan 6GB RAM pada versi Wi-Fi manakala versi LTE tampil dengan 8GB RAM.Storan dalaman adalah 128GB.

Seterusnya, OPPO Pad Neo juga hadir dengan antaramuka ColorOS 13.2 yang digunakan pada telefon pintar  OPPO namun telah diubahsuai untuk ekosistem tablet.

Antara ciri menarik pada ColorOS for Pad ini adalah Two-finger split screen, dual windows, smart side bar, super recoding dan e-ink untuk pembacaan ebook.

Selain itu, OPPO Pad Neo juga membawakan ciri Auto Connect yang membolehkan perkongsian fail antara telefon pintar OPPO dan tablet menjadi lebih mudah dimana anda hanya perlu drag & drop.

Auto Connect juga bermaksud anda boleh berinteraksi dengan telefon pintar anda secara terus pada skrin di tablet melalui ciri Screen Mirroring.

Prestasi harian OPPO Pad Neo dijangka kekal stabil namun harus pengguna sedari bahawa kemampuan cipset Helio G99 bukanlah setaraf cip kelas flaghsip dipasaran.

Bateri

OPPO Pad Neo adalah sebuah tablet yang nipis namun ianya tidak bermaksud bateri yang ditawarkan pada tablet ini adalah kecil.

OPPO Pad Neo telah disertakan dengan bateri berkapasiti 8,000mAh yang memastikan anda boleh melakukan aktiviti kegemaran anda untuk tempoh yang lebih lama tanpa perlu mengecas.

Selain itu, OPPO Pad Neo juga disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Penutup

OPPO Pad Neo adalah sebuah tablet yang tampil dengan penampilan premium yang sinonim dengan produk keluaran syarikat ini dan ianya ditambah dengan ciri premium seperti skrin paparan 2.4K+ dan 4 pembesar suara Dolby Atmos.

Jika anda sedang mencari sebuah tablet untuk dijadikan hub hiburan anda atau peranti pembelajaran mudah alih, OPPO Pad Neo adalah sebuah tablet yang patut anda pertimbangkan kerana ianya tampil dengan tahap harga yang berbaloi sesuai dengan pakej yang ditawarkan.

OPPO Pad Neo kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 bagi varian Wi-Fi (6/128GB) dan RM 1,399 bagi varian 8/128GB.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.