Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

inDrive adalah aplikasi e-panggilan kedua paling popular di dunia

inDrive, platform perkhidmatan mobiliti dan bandar dengan operasi merentasi 46 buah negara, merupakan aplikasi e-panggilan kedua paling banyak dimuat turun di dunia pada tahun 2023, mengekalkan pencapaian selama dua tahun berturut-turut.

Selain itu, inDrive juga mencapai tonggak kejayaan penting dengan menempatkan diri sebagai aplikasi keempat paling banyak dimuat turun di seluruh dunia bagi kategori Perjalanan.

Jumlah muat turun aplikasi inDrive mencapai 66.6 juta pada tahun 2023, berdasarkan data Google Play dan App Store (iOS untuk China sahaja), menurut data.ai.

inDrive terus menikmati pertumbuhan kukuh dengan penambahan perkhidmatan baru termasuk pengangkutan penghantaran, kurier dan penghantaran B2B, serta perjalanan antara bandar dan perkhidmatan pertukangan.

Pada tahun 2023, inDrive melancarkan perkhidmatannya di beberapa buah lokasi baru, termasuk di wilayah Miami dan Florida Selatan di Amerika Syarikat. Selain itu, platform ini mula menawarkan perkhidmatan dengan motosikal elektrik di Pakistan dan Indonesia, serta mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan untuk menawarkan perkhidmatannya di Filipina dan Thailand.

Meskipun berkembang dengan pesat, dengan memanfaatkan model harga rakan setara (peer-to-peer) yang unik, inDrive kekal komited untuk meneruskan misi pentingnya dalam menentang ketidakadilan sosial secara global dengan membantu mencipta pilihan pengangkutan yang berpatutan untuk penumpang dan peluang pendapatan yang adil untuk pemandu.

Syarikat juga berusaha mengurangkan pelepasan karbon dan telah mula memperkenalkan motosikal elektrik ke dalam perkhidmatan mereka di pelbagai lokasi.

inDrive juga merupakan aplikasi e-panggilan yang paling banyak dimuat turun di 13 negara, termasuk pasaran seperti Pakistan, Colombia, Mesir, Peru, dan Maghribi, menurut data.ai.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.