Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V2 kini rasmi di Malaysia – telefon pintar foldable ternipis didunia – berharga RM 6,999

HONOR Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar foldable ternipis didunia mereka iaitu HONOR Magic V2 pada harga RM 6,999

Terus ke spesifikasi, Honor V2 hadir dengan reputasi sebagai  telefon pintar foldable ternipis didunia dengan ketebalan 9.9mm (4.7mm ketika dibuka sepenuhnya) dan berat 231gram.

Honor Magic V2 menampilkan mekanisme engsel unibodi tanpa gear yang menggunakan penutup aloi titanium cetakan 3D yang dibangunkan sendiri oleh Honor. Mekanisme lipatan juga menggunakan skru tersuai dalam komponen engsel. Tiada sebarang penarafan IP diumumkan namun semua komponen dalaman telah disaluti salutan P2i.

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V2 memiliki skrin paparan  LTPO OLED berukuran 7.92-inci bersama kadar segar semula  120Hz,  kecerahan maksima 1,600 nits dan kadar PWM dimming. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna dan HDR10+. Terdapat kamera selfie 16MP.

Selain itu, Magic V2 juga hadir dengan skrin paparan cover 10-bit OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 2,500nits. Skrin ini juga mempunyai sokongan stylus yang pasti memudahkan catitan nota.

Selain itu, Honor Magic V2 hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 2 dengan OS Turbo X,  16GB  RAM dan storan dalaman  512GB. 

Beralih kepada kamera, Honor Magic V2 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/1.9 dan OIS, sensor ultrawide 50MP f/2.0 dan sensor telefoto 20MP dengan 2.5x zoom optik dan OIS. Kamera selfie pada cover screen juga adalah 16MP.

Honor Magic V2 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang terdiri daripada sel bateri silikon karbon dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang menawarkan 100% pengecasan didalam masa 46 minit sahaja.

HONOR Magic V2 akan ditawarkan didalam tiga warna pilihan warna iaitu Purple, Black PU dan Black pada harga RM 6,999 dengan 180 hari satu kali penggantian skrin percuma bagi kedua-dua skrin dan 50% diskaun bagi penggantian skrin didalam tempoh satu tahun.

Pra-tempahan HONOR Magic V2 akan di buka mulai 16 Januari 2024 (9 malam) dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,247 yang termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2 dan 1 tahun pelan perlindungan skrin.

HONOR Magic V2 kini turut ditawarkan melalui syarikat telko seperti Maxis, CelcomDigi dan akan ditawarkan tidak lama lagi oleh U Mobile.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.