Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP – harga dari RM 1,399

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 1

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 2

Selain Redmi Note 13 dan Redmi Note 13 5G , Xiaomi juga telah memperkenalkan Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13 Pro+ untuk pasaran Malaysia dengan harga dari RM

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 3

Redmi Note 13 Pro 5G

Redmi Note 13 Pro 5G hadir dengan skrin paparan CrystalRes AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus dan kecerahan maksima sehingga 1,800nits.

Selain itu, Note 13 Pro 5G dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang diumumkan baru-baru ini dan ianya disertakan bersama 8GB RAM iaitu dan storan dalaman 256GB.

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 200MP ISOCELL HP3, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W, pembesar suara stereo dan IR blaster.

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 4

Redmi Note 13 Pro 5G akan ditawarkan  pada harga RM 1,399 dan setiap pembelian akan turut menerima Redmi Buds 4 Active  dan Xiaomi Smart Band 8 Active .

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 5

Redmi Note 13 Pro+ 5G 

Xiaomi Redmi Note 13 Pro+ 5G merupakan satu-satunya model yang tampil dengan paparan curved bersama modul kamera yang diperbuat daripada kulit vegan pada warna Purple dan frosted AG glass pada warna black dan white. Ianya juga merupakan telefon pintar pertama Redmi dengan penarafan IP68.

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 6

Seterusnya, Redmi Note 13 Pro+ hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1220 x 2712 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel 12 bit yang turut menawarkan 1,920Hz PWM dimming, kecerahan maksima 1,800nits, dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus dan kamera selfie 16MP serta sensor capjari terbina dalam skrin.

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 7

Selain itu, Note 13 Pro+ dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 7200-Ultra bersama kapasiti RAM sehingga 16GB jenis LDDR5 dan storan sehingga 512GB jenis UFS 3.1. Ianya juga memiliki sistem penyejukan grafit 4000mm² dan sink haba VC.

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 200MP ISOCELL HP3, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 8

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W, pembesar suara stereo dan IR blaster.

Xiaomi Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G kini di Malaysia dengan sensor 200MP - harga dari RM 1,399 9

Redmi Note 13 Pro+ akan ditawarkan di Malaysia mulai  ini pada harga seperti berikut

  • Xiaomi Redmi Note 13 Pro+ 8/256GB – RM 1,599
  • Xiaomi Redmi Note 13 Pro+12/512GB – RM 1,999

Setiap pembelian Redmi Note 13 Pro+ 5G akan turut menerima Redmi Buds 4 Active  dan Xiaomi Smart Band 8 Active . Jualan akan bermula 20 Januari 2024

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.