Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 12 Pro Series akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Januari ini

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme 12 Pro Series 5G akan dilancarkan di pasaran global pada 29 Januari ini bermula di India.

realme 12 Pro Series 5G adalah generasi terbaru realme number series dan ianya mungkin mempunyai dua model iaitu realme 12 Pro 5G dan realme 12 Pro+ 5G.

Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa realme 12 Pro Series akan tampil dengan sistem kamera flagship yang terdiri daripada sensor IMX890 dengan OIS, sensor telefoto OV64B 64MP dengan 3x zoom optikal, 120x Super Zoom dan Prism Tilt SuperOIS dan satu lagi sensor ultrawide.

Dalam pada itu, realme 12 Pro Series 5G juga akan menyaksikan realme melancarkan varian edisi khas yang tampil dengan kemasan kulit vegan Submarine Blue yang terhasil dengan kerjasama pengeluar jam tangan mewah ikonik iaitu Rolex.

Selain di India, realme 12 Pro Series 5G dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.