Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 13 dan Redmi Note 13 5G kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 749

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 13 Series di pasaran global dan ianya turut menyaksikan pelancaran serentak di Malaysia.

Xiaomi Note 13 Series terdiri daripada 4 model iaitu Redmi Note 13 , Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.

Pada artikel ini kita akan bercakap mengenai dua model yang lebih berpatutan iaitu Redmi Note 13 dan Redmi Note 13 5G.

Redmi Note 13 

Redmi Note 13 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dilapisi gelas keselamatan Corning Glass 3 dan mempunyai kecerahan maksima 1,800nits.

Selain itu, Note 13 dikuasakan dengan cip Snapdragon 685  bersama 6GB atau 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 128GB atau 256GB (UFS 2.2).

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, sensor capjari dalam skrin dan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 13 akan ditawarkan pada harga RM 749 bagi versi 6/128GB dan RM 899 bagi versi 8/256GB dengan setiap pembelian akan turut menerima Redmi Buds 4 Active bernilai RM 119. Jualan akan bermula 20 Januari 2024 dan anda juga boleh mendapatkan versi 6/128GB pada harga istimewa RM 699 sahaja.

Redmi Note 13 5G

Redmi Note 13 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5 dan kecerahan maksima sehingga 1,000nits.

Selain itu, Note 13 5G dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 bersama 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman (UFS 2.2) 256GB.

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, sensor capjari pada butang kuasa dan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 13 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,099 dan setiap pembelian akan turut menerima Redmi Buds 4 Active bernilai RM 119.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.