Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 10-11 Januari ini

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar HONOR Magic6 Series akan dilancarkan di China majlis pelancaran yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Januari ini.

Selain itu, ketua pegawai eksekutif HONOR iaitu George Zhao juga telah berkongsi rekaan panel belakang HONOR Magic6 Pro yang mendedahkan kita ianya akan mempunyai rekaan yang hampir sama seperti HONOR Magic5 Pro namun dengan sedikit perbezaan pada modul kamera.

Seterusnya, HONOR Magic6 Series juga dijangka akan terdiri daripada lebih dari satu model dan kami menjangkakan ianya akan memiliki tiga model iaitu Magic6, Magic6 Pro dan Magic6 Pro Ultimate.

Selepas pasaran China, HONOR juga dijangka akan memperkenalkan Magic6 Series untuk pasaran global tidak lama kemudian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.