Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sahkan pelancaran Galaxy S24 Series pada 17 Januari ini

samsung unpacked 2024

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Unpacked 2024 yang pertama diadakan pada 17 Januari ini (18 Januari, 2 pagi waktu Malaysia).

Majlis pelancaran Samsung Unpacked ini akan menjadi pentas kepada pelancaran Samsung Galaxy S24 Series iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.

Selain itu, majlis pelancaran ini akan berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat dan ianya boleh disaksikan secara langsung melalui akaun media sosial rasmi Samsung Malaysia di YouTube,Laman rasmi Samsung , Facebook dan Newsroom.

Dalam pada itu, Samsung Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi Galaxy S24 Series ini yang akan melayakkan anda menerima e-baucar Samsung bernilai RM 400 dan hadiah misteri harian.

Daftar minat anda di sini : http://www.samsung.com/my/unpacked/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.