Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 – harga sekitar RM 1,809

 

Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Honor X50 Pro di China yang menampilkan spesifikasi  baik pada harga yang lebih berpatutan.

Telefon pintar terbaru Honor ini hadir dengan panel 10-bit OLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K, sokongan kadar segar semula 120Hz, 1,920 Hz PWM dimming dan sensor capjari dalam skrin. Ianya turut dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, X50 Pro ini menampilkan sensor utama 50MP bersama sensor 2MP dan flash LED pada modul bulat, Ianya turut memiliki sensor selfie 8MP f/2.0 dibahagian hadapan.

Selain itu, Honor X50 Pro juga disertakan dengan bateri 5,800mAh bersama pengecasan pantas 35W, MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Akhir sekali,  Honor X50 Pro ini tampil didalam dua warna iaitu Elegant Black atau Green pada harga CNY 2,799 (RM 1,809).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.