Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno11 Series 5G kini dibuka untuk pra-tempahan – tiba di Malaysia pada Januari 2024

Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo Reno11 Series 5G akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Januari 2024 dan pra-tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka secara rasmi.

OPPO Reno11 Series 5G akan ditawarkan didalam dua model iaitu Reno11 5G dan Reno11 Pro 5G dan ianya tampil dengan promosi pra-tempahan yang menawarkan ganjaran tambahan bernilai sehingga RM 576.

Setiap pra-tempahan OPPO Reno11 Pro 5G akan menerima baucar potongan RM 100 yang boleh digunakan pada 11 dan 12 Januari 2024, OPPO SUPERVOOC 80W car charger dan kabel bernilai RM178, percuma 1 tahun lanjutan waranti dan ganjaran My OPPO Members bernilai RM 189 daripada Viu, ZUS Coffee dan Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Dalam pada itu, bagi pembelian OPPO Reno11 5G pula, pengguna akan menerima Setiap pra-tempahan OPPO Reno 11 Pro 5G akan menerima baucar potongan RM 100 yang boleh digunakan pada 11 dan 12 Januari 2024, OPPO Enco Buds2 bernilai RM129, percuma 1 tahun lanjutan waranti dan ganjaran My OPPO Members bernilai RM 189 daripada Viu, ZUS Coffee dan Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Selain itu, OPPO Malaysia juga telah  menyediakan kejutan eksklusif untuk 10 pelanggan paling bertuah bagi pra-pesanan Reno11 Series yang akan menerima penghantaran istimewa terus ke depan pintu rumah, yang diserahkan sendiri oleh Pakar Reno iaitu Amelia Handerson dan Jovane PJY.

Pra-tempahan kini boleh dilakuman di stor yang disenaraikan di bawah:

Stor Fizikal

1. My OPPO Space

2. Stor Jenama OPPO

3. Pengedar Sah OPPO

4. Stor rakan kongsi rasmi OPPO

Stor atas talian

1. Stor dalam talian rasmi OPPO

2. Stor dalam talian pengedar rasmi OPPo

3. Rakan kongsi E-comm terpilih

Daftar minat OPPO Reno11 Series 5G di interest at https://bit.ly/Reno11Series5G-ROI atau kunjungi https://bit.ly/Reno11Series5G untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.