Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi HyperOS mula ditawarkan di pasaran global – ini adalah senarai model terawal

xiaomi HyperOs

Sistem operasi terbaru Xiaomi iaitu HyperOS telah diperkenalkan secara rasmi ketika pelancaran Xiaomi 14 Series di China pada bulan Oktober yang lalu dan kini penawaran global bagi OS ini telah bermula.

Xiaomi telah mengesahkan bahawa 8 telefon pintar Xiaomi akan menerima kemaskini HyperOS pada suku pertama 2024 iaitu Xiaomi 13 Ultra, Xiaomi 13 Pro, Xiaomi 13, Xiaomi 13T Pro, Xiaomi 13T, Xiaomi Redmi Note 12, Xiaomi Redmi Note 12S dan Xiaomi Pad 6. Poco F5 juga telah disahkan akan menerima HyperOS.

HyperOS dibina untuk mengkuasakan telefon pintar, rumah dan juga kereta anda. Selain daripada penggayaan semula visual yang minima, OS ini mempunyai kernel yang lebih pantas dan ringan daripada MIUI dan lebih pantas untuk dipasang pada peranti.

Kemaksini global HyperOS ini akan dilakukan secara berperingkat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.