Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X7b dengan bateri 6,000mAh akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799

Selain Honor X8b, Honor Malaysia juga telah mengesahkan bagi harga bagi Honor X7b yang akan dijual di Malaysia mulai 22 Disember ini adalah RM 799.

Honor X7b hadir dengan skrin paparan FullView 90Hz berukuran 6.70-inci , cip Qualcomm Snapdragon 680, 8GB RAM + 8GB RAM Turbo dan  storan dalaman 256GB.

Selain itu, Honor X7b ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP . Kamera selfie 8MP juga disertakan.

Pada bahagian bateri, Honor X7b memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 352W.

Honor X7b juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 7.2 yang berasaskan Android 13 dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Honor X7b akan ditawarkan pada harga RM 799 dan setiap pembelian akan turut menerima satu unit HONOR Choice Earbuds X5 Lite yang bernilai RM139.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.