Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Z60 Ultra kini rasmi – Snapdragon 8 Gen 3 bersama sistem kamera berkuasa tinggi

nubia Z60 Ultra

nubia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu nubia Z60 Ultra yang tampil dengan sistem kamera berkuasa tinggi dan buat pertama kali membawakan penarafan kalis air dan habuk IP68.

nubia Z60 Ultra menampilkan rekaan yang premium dimana ianya memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci pada bahagian hadapan dan panel ini juga menawarkan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 1,500nits.

Selain itu, nubia Z60 Ultra juga memiliki kamera UDC dibawah skrin iaitu beresolusi 12MP dan sensor ini juga memiliki cip dan enjin AI deep-sensing.

Beralih kepada cipset, nubia Z60 menjadi satu lagi peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama LPDDR5X RAM dan storan UFS 4.0 serta plat haba gred aeroangkasa dan ruang wap besar dengan gentian nanokarbon superkonduktor.

Beralih kepada kamera, nubia Z60 Ultra memiliki sensor utama 35mm f/1.6 50MP IMX800 yang memiliki OIS, sensor ultrawide  18mm f/1.8 50MP dengan pemfokusan auto dan tiga tahap OIS. Sensor zoom adalah sensor 85mm OmniVision OV64B 64MP yang juga memiliki OIS.

Seterusnya, nubia Z60 Ultra juga memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan 80W dan antaramuka nubia MyOS yang berasaskan Android 14.

nubia Z60 Ultra akan ditawarkan didalam tiga warna Black, Silver, dan Gray didalam empat konfigurasi iaitu 8/256GB, 12/256GB, 12/512GB, dan 16GB/1TB. Harga juala masih belum didedahkan buat masa ini. 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.