Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Flagship Store pertama di Asia kini telah dibuka di The Exchange TRX – promosi menarik sehingga 1 Januari

HUAWEI Flagship Store TRX

HUAWEI secara rasminya telah membuka stor terbaru HUAWEI Flagship Store di pusat membeli belah terkemuka dan terbaru di Malaysia iaitu The Exchange TRX yang merupakan stor flagship pertama HUAWEI di Asia dengan rekaan terkini.

Selain itu, HUAWEI Flagship Store yang terbaru ini menawarkan pengunjung ruang niaga yang lebih luas dengan barisan lengkap produk terbaru HUAWEI yang termasuk jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 4 Series, HUAWEI P60 Series dan banyak lagi. Ianya turut menempatkan satu bilik khas VIP untuk pengalaman produk HUAWEI yang lebih privasi.

Dalam pada itu, HUAWEI juga sedang mengadakan promosi istimewa dari 20 Disember sehingga 1 Januari 2024 sempena pembukaan stor flaghsip HUAWEI ini seperti dibawah :

  • HUAWEI Mate50 Pro – RM 2,499
  • HUAWEI P60 Pro – RM 2,999
  • HUAWEI Watch Ultimate – RM 2,799
  • HUAWEI MatePad 11.5″ – RM 1,299
  • HUAWEI FreeBuds SE 2 – RM 12

Selain itu, setiap pembelian bernilai RM 399 dan ke atas akan turut menerima peluang untuk menebus hadiah premium bernilai sehingga RM 100,000. (500 pembeli walk-in pertama juga akan menerima door gift edisi terhad).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.