Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X8b dan Honor X7b akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Disember ini

Honor X8b Malaysia

Susulan kejayaan luar biasa Honor X9b 5G di Malaysia, Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa HONOR X8b dan HONOR X7b akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Disember 2023.

Honor X8b

Honor X8a hadir dengan skrin paparan dimming AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, Honor X8a ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 690 yang disertakan bersama 8GB RAM (8GB RAM Turbo), storan dalaman 512GB dan antaramuka MagicUI 7.2 yang berasaskan Android 13.

Beralih ke kamera, Honor X8a memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 50MP.

Dalam pada itu, Honor X8b juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan  HONOR 35W SuperCharge.

Honor X7b

Honor X7b hadir dengan skrin paparan FullView 90Hz berukuran 6.70-inci , cip Qualcomm Snapdragon 680, 8GB RAM + 8GB RAM Turbo dan  storan dalaman 256GB.

Selain itu, Honor X7b ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP . Kamera selfie 8MP juga disertakan.

Pada bahagian bateri, Honor X7b memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 352W.

Honor X7b juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 7.2 yang berasaskan Android 13 dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.