Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 8 akan dilancarkan pada 8 Januari 2024 – kamera lebih berkuasa

Asus telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Asus ROG Phone 8 akan dilancarkan secara rasmi di CES pada 8 Januari 2024. Ianya juga akan dilancarkan di China pada 16 Januari.

Berdasarkan video yang dikongsi di  Weibo, ROG Phone 8  memiliki bezel skrin yang nipis disekeliling skrin bersama kamera punch-hole.

Selain itu, ROG Phone 8 juga menampilkan rekaan modul tri-kamera yang berbeza berbanding generasi sebelum ini dan ianya dijangka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, sehingga 24GB RAM, pengecasan 65W dan Android 14.

Asus juga sedang melakukan ujian kamera ‘blind test’ yang bermaksud ianya menggunakan sensor baharu yang lebih berkuasa selepas beberapa tahun mengekalkan penggunaan sensor kamera yang sama.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.