Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan dilancarkan pada tahun 2025 – treler pertama kini rasmi
Permainan video popular Grand Theft Auto (GTA) yang kali terakhir dilancarkan kira-kira 10 tahun lalu akan menerima jilid baharu pada tahun 2025.
Treler pertama Grand Theft Auto VI (GTA 6) kini telah di lancarkan dan ianya telah menerima 36 juta tontonan setakat ini iaitu hanya 6 jam selepas disiarkan.
Selain itu, GTA 6 nampaknya akan dimainkan di Vice City dengan bandar yang lebih luas dan watak utama pada permainan ini mungkin seorang wanita yang bernama Lucia dan permulaan treler ini juga memaparkan beliau berada didalam penjara.
Seterusnya, secara keseluruhan Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan mempunyai grafik yang lebih mendalam dengan lebih banyak watak dan orang awam pada satu babak. Pengubahsuaian kereta juga dilihat mungkin diberi penambahbaikan dengan lebih banyak elemen untuk diubah.
Teka-teki pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA 6) kini telah terjawab iaitu pada tahun 2025 dan kami pasti lebih banyak treler bagi permainan ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Tonton treler pertama Grand Theft Auto VI (GTA 6) di bawah ;