Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Camera Assistant kini ditawarkan pada Samsung Galaxy A53 dan Galaxy A54

Aplikasi Samsung Camera Assistant adalah sebuah aplikasi menambahbaik Samsung Camera dengan ciri seperti kelajuan pengambilan gambar (shutter speed) yang lebih baik dan pengzooman 2x namun ianya hanya ditawarkan kepada telefon pintar flagship Galaxy S dan Galaxy Z Series sahaja.

Walaubagaimanapun, ciri ini kini sudah ditawarkan pada pada dua model Galaxy A Series iaitu Galaxy A53 dan Galaxy 54 selepas kemaskini One UI 6. Ianya tersedia untuk dimuat turun di Galaxy Store.

Selain itu, Camera Assistant juga membawakan ciri penetapan lensa automatik, Quick Tap Shutter dan keupayaan untuk menyahaktifkan Auto HDR dan Soften Pictures untuk memerangi penajaman berlebihan.

Selepas Galaxy A53 dan A54, aplikasi Camera Assistant ini dijangka akan tiba ke lebih banyak model Galaxy A Series dalam beberapa bulan akan datang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.