Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K70 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 29 November ini

Redmi K70 Series

Redmi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Redmi K70 Series akan dilancarkan pada 29 November ini dan ianya akan terdiri daripada 3 model iaitu Redmi K70 Pro, Redmi K70 dan Redmi K70E.

Selain pengesahan rasmi melalui akaun Weibo Redmi, ianya juga telah berkongsi beberapa spesifikasi telefon pintar Redmi K70 Series.

Sehubungan dengan itu, Redmi K70 Pro telah disahkan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 manakala Redmi K70E pula akan tampil dengan cip Dimensity 8300-Ultra namun cipset yang akan digunakan pada Redmi K70 tidak didedahkan.

Selain itu, Redmi juga telah mendedahkan hampir kesemua spesifikasi Redmi K70E yang mana ianya akan turut tampil dengan skrin paparan 1.5K dengan kecerahan maksima sehingga 1,800 nits, bateri 5,500mAh dengan pengecasan 90W dan sistem penyejukan VC 5000mm².

Akhir sekali, spesifikasi Redmi K70 Series ini akan diketahui pada 29 November ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.