Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aedy Ashraf uji ketahanan HONOR X9b 5G

Bersempena perasmian pelancaran telefon pintar tersebut, HONOR Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan sesi ramah mesra Aedy Bersama peminat di kedai HONOR di Mitsui Shopping Park Lalaport, Bukit Bintang. Peminat berpeluang berinteraksi dengan Aedy selain menguji ketahanan telefon HONOR X9b 5G.

Pada sesi tersebut, Aedy telah melakukan demonstrasi khas bagi menguji ketahanan 360° HONOR X9b 5G dengan menghentaknya pada beberapa lapisan papan bagi membuktikan ia telefon pintar HONOR yang paling lasak. Peminat juga diberi peluang untuk membelah lapisan papan menggunakan HONOR X9b 5G.

Selain Sunrise Orange, HONOR X9b 5G juga tersedia dalam warna Titanium Silver dan Midnight Black pada harga RM 1,499.

Setiap pembelian HONOR X9b 5G juga akan menerima  hadiah percuma bernilai sehingga RM 759, termasuk Perlindungan Retak Panel Hadapan & Belakang 365 Hari dan HONOR CHOICE Earbuds X5.

Dalam pada itu. Filem War on Terror: KL Anarki bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan bermula 23 November 2023. Maklumat lanjut tentang kehebatan HONOR X9b 5G dan produk HONOR boleh layari: https://bit.ly/HONORX9bPR .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.