Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C53 dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman kini rasmi di Malaysia

realme Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar popular realme C Series mereka iaitu realme C53 kini ditawarkan didalam satu varian baharu yang ditambahbaik.

realme C53 ini hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga kamera selfie 8MP yang turut memiliki paparan notifikasi UI Mini Capsule.

realme C53 Malaysia

Selain itu, realme C53 juga dijana cip 12nm UniSoc T612, 8GB RAM (sehingga 12GB Dynamic RAM) , storan dalaman 256GB dan realme UI T Edition yang berasaskan Android.

Pada bahagian belakang, C53 ini memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan telefon pintar ini juga memiliki rekaan premium yang dikenali Shiny Champion dengan ketebalan 7.49mm.

Seterusnya, telefon pintar terbaru realme ini juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W SUPERVOOC, ultraboom speaker dan bicu audio 3.5mm.

Dalam pada itu, realme C53 iniditawarkan didalam dua warna iaitu Champion Gold dan Mighty Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.