Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 11 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 23 November

oppo reno 11 series malaysia

Oppo telah mengesahkan bahawa Oppo Reno 11 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 23 November ini dan ianya akan dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di akaun Weibo syarikat ini, Oppo Reno 11 Series dijangka akan terdiri daripada dua model iaitu Reno 11 5G dan Reno 11 Pro 5G yang memiliki rekaan modul kamera yang unik namun teknologi kamera Hasselblad tidak disertakan.

Selain itu, Reno 11 Series ini telah diperlihatkan didalam dua warna iaitu hijau dan putih yang tampil dengan kemasan geometrik yang mirip seperti pada batu marmar. Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat spesifikasi dan rekaan panel hadapan dikongsikan.

Segala maklumat dan harga Reno 11 Series akan disahkan menjelang pelancaran pada 23 November ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.