Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi telah berjaya menjual 1.45 juta unit Xiaomi 14 Series dalam 10 hari sahaja

Telefon pintar flagship pertama dengan cip Snapdrago. 8 Gen 3 iaitu Xiaomi 14 Series telah dilancarkan beberapa minggu lalu di China dan sambutan yang diterima bagi telefon pintar ini dilihat tidak kurang hebatnya.

Laporan Wall Street Insights memetik bahawa Xiaomi telah berjaya menjual 1.45 juta unit Xiaomi 14 Series didalam 10 hari pertama selepas pelancaran yang mana ianya adalah adalah rekod baharu bagi siri flagship telefon pintar ini.

Selain itu, jualan yang kukuh juga telah melonjakkan Xiaomi ke tangga pertama pasaran telefon pintar China pada mingu ke-44 dan ianya diikuti rapat HUAWEI dan Honor.

Dalam pada itu, Xiaomi juga telah mengumumkan rekod jualan baharu bagi festival membeli belah 11.11 dimana jumlah jualan telah mencapai CNY 22.4 bilion.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.