Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A79 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,199

OPPO secara rasminya telah mengumumkan pelancaran OPPO A79 5G di Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja.

OPPO A79 5G memiliki skrin paparan berukuran 6.72-inci dengan resoluso FHD+, kecerahan maksima 680 nits dan   100% liputan gamut warna DCI-P3. Ianya turut dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan 8GB RAM maya melalui teknologi RAM Expansion serta penarafan OPPO Lab 36-Month Fluency Protection.

Selain itu, A79 5G juga memiliki sensor utama 50MP AI Camera, sensor potret 2MP dan kamera selfie 8MP. Ianya juga memiliki ciri AI Portrait Retouching, Portrait Mode, Ultra Night Mode, dan Selfie HDR.

Dalam pada itu, A79 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOCTM (0-100% didalam 74 minit sahaja), penarafan IP54 dan ColorOS 13.1.

OPPO A79 5G kini ditawarkan didalam dua warna Dazzling Purple dan Mystery Black pada harga RM1,199.

Pembelian boleh dilakukan di OPPO Official Online Store,  OPPO stor di Lazada dan Shopee bermula 11 November 2023. Ianya akan turut ditawarkan di OPPO Space, OPPO Brand Store, dan OPPO Authorized Dealers bermula 16t November 2023.

maklumat lanjut mengenai OPPO A79 5G, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a79-5g/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.