Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI Watch GT 4 – jam tangan pintar yang menggabungkan fesyen dan teknologi

Pengenalan

Pelancaran HUAWEI Watch GT 4 Series di Malaysia baru-baru yang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah jam tangan pintar yang menggabungkan fesyen dan teknologi.

Walaupun dilancarkan sebagai jam tangan yang berasaskan HarmonyOS, ianya cukup versatil kerana boleh digunakan secara menyeluruh pada peranti Android dan iOS.

Selepas hampir 3 minggu menggunakan Watch GT 4, ini adalah ulasan kami mengenai jam tangan pintar terbaru HUAWEI.

Reka Bentuk

HUAWEI Watch GT 4 boleh dikatakan sebuah jam tangan  yang menonjol dipasaran kerana tidak banyak jam yang tampil rekaan unik octagon dengan saiz jam 46mm.

Ianya menampilkan beberapa pilihan rekaan kerangka dan tali jam seperti leather, stainless steel dan green woven seperti unit ulasan kami.

tali hijau bersulam ini diperbuat daripada komposit  nilon terikat lautan yang dikitar semula namun ianya adalah antara yang pilihan tali tercantik dalam series ini.

Bagi kami, ianya amat selesa dipakai dengan berat yang sempurna tanpa terasa sebarang beban ditangan.

Ciri-Ciri Watch GT 4

HUAWEI Watch GT 4 boleh dikatakan memiliki banyak persamaan dengan Watch GT 3, ianya masih tampil dengan panel AMOLED berukuran 1.43-inci dengan resolusi 466 x 466 bersama penarafan kalis air 5ATM dan GPS pada satelite L1 dan L5.

Ciri penting pada HUAWEI Watch GT 4 adalah Ciri HarmonyOS 4.0 menjanjikan petua senaman berpandukan  data”. Salah satu ciri baharu yang akan meningkatkan motivasi senaman anda adalah Activity Rings 2.0 –  jam tangan mengesan langkah, senaman dan berapa kali anda berdiri. Terdapat juga pingat ‘virtual’ pada aplikasi Huawei Health, yang memberikan dorongan tambahan untuk kekal aktif.

Seterusnya, kecergasan pada HUAWEI Watch GT 4 adalah amat menyeluruh dimana akitivi yang boleh dikesan adalah lebih menyeluruh yang termasuk tenis, pingpong, padel, dan badminton.

Lebih-lebih lagi, Watch GT 4 memiliki sensor yang menyeluruh iaitu TruSeen 5.5+ dan turut membawa sekumpulan sensor untuk kadar denyutan jantung, SpO2, kitaran haid dan kualiti tidur. Ciri ECG tidak ditawarkan buat masa ini namun terdapat kemungkinan ianya ditawarkan melalui kemaksini OTA.

Selain itu, perhubungan pada Watch GT 4 adalah agak terhad kerana jam tangan pintar ini ialah jam tangan Bluetooth yang tidak mempunyai slot SIM atau Wi-Fi.

Walaubagaimanapun, Watch GT 4 boleh digunakan bersama mana- mana telefon pintar Android dan kesemua peranti Huawei dengan HarmonyOS.  menariknya, jam tangan pintar ini juga boleh digunakan bersama peranti iOS (iPhone) melalui aplikasi Huawei Health namun ciri dan jangka hayat bateri mungkin sedikit berbeza.

Jangka Hayat Bateri

HUAWEI Watch GT 4 milik kami adalah versi 46 mm yang mempunyai kapasiti berbateri 524 mAh, di atas kertas, versi 46mm ini mampu boleh memberikan hayat bateri maksimum 14 hari dan hayat bateri biasa 8 hari namun ianya mungkin sedikit berbeza ketika senario penggunaan sebenar.

Pengecasan HUAWEI Watch GT 4 boleh dilakukan dengan menggunakan pengecas tanpa wayar Qi, dan telefon pintar yang menawarkan pengecasan berbalik.. Untuk hasil yang optimum, kami mengesyorkan

pengecas 5V-9V/2A di dalam kotak, yang memerlukan sehingga 110 minit untuk mendapatkan bateri kosong hingga 100%.

Penutup

HUAWEI Watch GT 4 adalah sebuah jam tangan pintar yang mengutamakan gaya dan sambil menawarkanggg hi i ciri yang menyeluruh. Bagi kami, Watch GT 4 menawarkan ciri yang menyeluruh dan rekaan yang pasti melengkapkan keperluan fesyen anda.

Pada harga dari RM 1,099, HUAWEI Watch GT 4 adalah sebuah jam pintar premium yang paling berbaloi untuk dimiliki ketika ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.