Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Belian Bijak, Jimat Banyak. Jualan Mega HUAWEI 11.11 kini kembali dengan tawaran lebih epik bagi teknologi lebih hebat! Jom raikan 11.11 dengan HUAWEI

Jualan terbesar dan terhebat bagi tahun ini iaitu Jualan Mega 11.11 bakal berlangsung didalam masa beberapa hari sahaja lagi dan ini juga memberikan peminat produk teknologi HUAWEI peluang untuk mendapatkan barisan produk terhebat HUAWEI pada harga lebih berbaloi dan dengan ganjaran tambahan.

HUAWEI WATCH GT 4

Jam tangan pintar yang menonjolkan gaya fesyen anda iaitu HUAWEI Watch GT 4 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan ianya menampilkan rekaan estetik geometrik yang sesuai untuk golongan maskulin dan feminin. Ianya menawarkan pengurusan kesihatan tahap profesional bersama 2 minggu jangka hayat bateri. Tidak lupa juga bahawa Watch GT 4 menawarkan kebolegunaan yang lebih menyeluruh pada platform Android dan iOS.

Dapatkan HUAWEI Watch GT 4 pada harga serendah dari RM 1,099 dengan hadiah percuma bernilai RM 550 bersama baucar diskaun tambahan sehingga RM 120.

Tunggu apa lagi, dapatkan HUAWEI Watch GT 4 yang kini tersedia di laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor Flagship HUAWEI di Lazada dan stor rasmi HUAWEI di Shopee

HUAWEI Band 8

Jam kecergasan HUAWEI Band 8 adalah produk yang membolehkan anda kekal aktif dan sihat sepanjang masa. Ianya menampilkan rekaan ultra-nips dengan pelbagai parameter penjejakan kualiti tidur yang merupakan asas kepada kehidupan sihat serta jangka hayat bateri sehingga 14 hari.

 HUAWEI Band 8 kini ditawarkan pada harga serendah RM 159 (RRP RM 219)

Dapatkan HUAWEI Band 8 di laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor Flagship HUAWEI di Lazada dan stor rasmi HUAWEI di Shopee

HUAWEI MateBook 14 i5 Gen-12 (16GB+512GB)

Komputer riba HUAWEI MateBook 14 terbaru ini menampilkan penggunaan skrin paparan 2K FullView Touch Display dengan cipset Intel i5 generasi ke-12. Ianya turut membawakan sokongan HUAWEI Super Device untuk fungsi berbilang peranti yang lebih menyeluruh.

Dapatkan HUAWEI MateBook 14 ini pada harga RM2,999 (RRP: RM3,999) secara eksklusif di stor flagship HUAWEI di Lazada

HUAWEI Mate 50 Pro (8GB + 256GB)

HUAWEI Mate 50 Pro adalah telefon pintar kelas flagship syarikat ini yang masih mendapat permintaan hangat dan ianya merupakan antara telefon pintar pertama HUAWEI untuk menampilkan sistem kamera Ultra Aperture XMAGE yang membawakan kebolehan mengubah saiz aperture secara fizikal.

HUAWEI Mate 50 Pro kini boleh didapati pada harga serendah RM 2,699 (RRP: RM 4,499) di stor rasmi HUAWEI di Shopee

HUAWEI MatePad SE WiFi (4GB + 64GB)

Tablet mesra poket HUAWEI MatePad SE WiFi menawarkan pengguna sajian visual yang terbaik dalam kelasnya dengan penggunaan paparan 2K Eye Comfort HUAWEI FullView bersama pembesar suara surround Histen 8.0 dan cipset 6nm yang berkuasa tinggi.

Tablet yang bernilai RM 999 ini boleh dimiliki pada harga serendah RM 679 sahaja ketika jualan mega 11.11 di laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor Flagship HUAWEI di Lazada dan stor rasmi HUAWEI di Shopee

HUAWEI MatePad 11 WiFi (6+128)

HUAWEI MatePad 11 WiFi  adalah sebuah tablet kelas midrange yang menampilkan pengguna produktiviti setaraf PC bersama skrin HUAWEI FullView 120Hz dan aplikasi HUAWEI Notes.

Bersempena dengan jualan mega 11.11 ini, anda boleh mendapatkan tablet ini pada harga serendah RM 1,499 sahaja dan ianya turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM 698 yang termasuk HUAWEI M-Pencil dan beg galas.

Tablet MatePad 11 ini tersedia di laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor Flagship HUAWEI di Lazada dan stor rasmi HUAWEI di Shopee

HUAWEI FreeBuds 5i

Fon telinga HUAWEI FreeBuds 5i menawarkan pengguna pengalaman audio beresolusi tinggi yang turut memiliki ciri pembatalan bunyi hingar aktif sehingga 41dB bersama 28 jam waktu pendengaran muzik.

Dapatkan HUAWEI FreeBuds 5i pada harga serendah RM 279 pada jualan mega 11.11  di laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor Flagship HUAWEI di Lazada dan stor rasmi HUAWEI di Shopee

Selain daripada barisan produk terhebat  HUAWEI yang disenaraikan di atas, lihat lebih lanjut mengenai jualan Mega 11.11 HUAWEI di 

🛒Laman rasmi HUAWEI Malaysia

🛒 Stor Flagship HUAWEI di Lazada 

🛒Stor rasmi HUAWEI di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.