Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR kini peneraju pasaran telefon pintar di China

HONOR telah mengukuhkan dominasinya dalam pasaran telefon pintar di China susulan kejayaan HONOR Magic V2 tahap flagship yang membanggakan.

HONOR telah  melonjak ke tangga pertama dalam pasaran telefon pintar di China bagi suku ketiga (Q3) tahun 2023.

HONOR mengukuhkan kedudukan pasaran 

Walaupun mengalami kemerosotan sebanyak 5% dalam pasaran telefon mudah alih, Q3 menyaksikan persaingan sengit dalam segmen telefon pintar mewah.

HONOR muncul sebagai pemain utama selepas pelancaran telefon pintar boleh foldable yang inovatif iaitu HONOR Magic V2.

Walaupun pesaing lain seperti Huawei dan Apple masing-masing memperkenalkan peranti flagship mereka, HONOR Magic V2 berjaya meraih perhatian yang memberangsangkan.

Kejayaan ini turut membawa impak yang positif terhadap  produk HONOR yang lain, sekaligus mengukuhkan kewujudan jenama ini dalam pasaran. 

Menurut data Counterpoint, HONOR Magic V2 menjadi telefon pintar “foldable saiz besar ” paling laris terjual di China, menguasai lebih 50% pasaran saham dalam kategori ini. Kejayaan membanggakan ini membuktikan HONOR bertapak kukuh dalam pasaran China dan mampu memenuhi kehendak pengguna yang dahagakan inovasi telefon pintar lain dari yang lain.

Jom Baca : ULASAN HONOR X9a 5G – Peranti Midrange Mampu Milik Yang Tahan Lasak

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.