Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TGV Pavillion Bukit Jalil kini dibuka secara rasmi – pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology

TGV Cinemas secara rasminya telah mengumumkan prmbukaan pawagam terbaru mereka iaitu TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan persekitaran yang lebih inovatif, menarik, dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman tontonan filem.

TGV Pavilion Bukit Jalil memiliki 16 dewan pawagam dan 1,555 jumlah tempat duduk, setiap dewan dilengkapi dengan 100% skrin digital, kerusi rehat yang selesa, dan ruang kaki yang luas untuk keselesaan optimum.

Selain itu, TGV Cinemas juga telah bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan “City of Play” terbesar di TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan keluasan 2,041 kaki persegi.

Seterusnya, TGV Pavilion Bukit Jalil ini juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology, yang memberikan pengalaman tontonan filem yang imersif dan multidimensional yang lebih realistik serta kualiti gambar yang lebih cerah dan realistik dengan kontras warna yang lebih dalam.

TGV Pavilion Bukit Jalil mempamerkan ruang legar dengan pengalaman audiovisual multisensori yang tiada tandingan, lengkap dengan skrin LED dari lantai ke siling yang memukau untuk tayangan filem yang lebih dinamik.

Penonton filem juga dialu-alukan untuk bersantai dan bersosial di ruang rehat yang direka mengikut tema filem sambil menikmati Wi-Fi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam.

Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge yang eksklusif untuk pengalaman menonton filem premium serta dua dewan Beanie, di mana para penonton boleh menonton filem dalam pod beanbag.

Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.