Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cipset Snapdragon 8 Gen 3 kini rasmi – 30% lebih pantas berbanding SD 8 Gen 2

Qualcomm secara rasminya telah melancarkan cipset flagship terbaru mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 3 yang merupakan cip 4nm dengan fokus jelas kepada penambahbaikan AI, gaming, audio dan kamera.

Snapdragon 8 Gen 3 adalah 30% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga berbanding SD 8 Gen 2 dan ianya menyokong memori LPDDR5x sehingga 24GB (4800MHz), Wi-Fi 7 dan antena X75 5G.

Selain itu, cipset ini juga membawakan gaming setaraf konsol permainan pada kadar 240fps pada pada paparan 240 Hz dan Adreno Frame Motion Engine 2.0 boleh menjana bingkai untuk permainan video yang lebih lancar, dan terdapat sokongan Unreal Engine 5.2.

Beralih kepada GPU pada Snapdragon 8 Gen 3 ini, ianya adalah 25% lebih pantas, 25% lebih cekap tenaga dan 40% kesan ray-tracing yang lebih baik.

Qualcomm juga telah berkata bahawa Snapdragon 8 Gen 3 akan mula ditawarkan didalam masa beberapa minggu. Asus, Honor, iQOO, Meizu, Nio, Nubia, OnePlus, Oppo, realme, Redmi, RedMagic, Sony, vivo, Xiaomi, dan ZTE adalah antara syarikat yang akan menggunakan cip ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.