Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI FreeBuds Pro 3 – Fon telinga premium dengan Intelligent ANC 3.0 yang terbaik dipasaran

Bersama pelancaran HUAWEI Watch GT 4 Series di Malaysia baru-baru ini HUAWEI juga telah mengumumkan penawaran fon telinga TWS  flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI FreeBuds Pro 3 pada harga RM 899.

Selepas mencuba dan merasai sendiri kemampuan peranti audio terbaru daripada HUAWEI ini, berikut adalah ulasan kami tentang HUAWEI FreeBuds Pro 3.

HUAWEI FreeBuds Pro 3 merupakan generasi ketiga HUAWEI FreeBuds Pro dan ianya tampil dengan reka bentuk yang hampir sama.

huawei freebuds pro 3

Unit ulasan kami tampil didalam warna Ceramic White yang tampil dengan kemasan berkilat dengan kemasan seperti cermin pada bahagian engsel pembukaan dan terdapat tulisan HUAWEI pada plat tersebut. Engsel yang dikenali sebagai concealed hinge ini mempunyai hayat melebihi 100,000 pembukaan dan penutupan.

Saiz bekas pengecasan yang ditawarkan pada FreeBuds 3 Pro adalah 4.5% lebih kompak berbanding FreeBuds Pro 2 dan ianya diperbuat daripada satu kepingan gelas nano yang didakwa 32% lebih tahan calar.

Pada bahagian sisi terdapat satu butang fungsi dan slot USB-C pada bahagian bawah dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar.

Apabila engsel dibuka, anda pasti akan tertarik dengan dua earbuds yang mudah untuk diambil dan terdapat juga lampu indikasi LED.

Bersama bekas pengecasan, anda akan menerima kabel pengecasan dan tiga eartip tambahan yang berlainan saiz untuk digunakan mengikut kesesuaian telinga anda.

Bercakap mengenai reka bentuk earbuds pula, ianya tampil dengan kemasan yang hampir sama seperti bekas pengecasan yang putih berkilat dan kami berpendapat warna ini adalah yang terbaik kerana ianya tidak mendedahkan kesan capjari yang sudah pasti akan melekat pada dua lagi warna yang ditawarkan iaitu Green dan Silver Frost.

Earbuds ini tampil dengan tangkai  segi empat tepat seperti pada generasi sebelum ini dengan bucu tangkai ini mempunyai gelung berwarna krom pada sekeliling earbuds ini.

Untuk memaksimakan potensi earbuds ini, ianya harus digunakan bersama aplikasi HUAWEI AI Life yang hanya tersedia pada Google Play Store dan ianya membolehkan anda membuat tetapan seperti mod ANC, kesan bunyi, tetapan gesture dan ujian kesesuaian saiz eartip melalui Tip fit test.

Selain itu, HUAWEI juga menggunakan penyelesaian pinch yang memerlukan anda menekan kedua sisi earbuds untuk pengaktifan fungsi atau arahan tertentu namun pelarasan bunyi masih boleh dilakukan dengan meleret tangkai earbuds ini.

Kualiti Audio

Penanda aras terbaik bagi semua TWS adalah prestasi audio yang dimilikinya dan HUAWEI FreeBuds Pro 3 dilihat mampu meneruskan kejayaan FreeBuds Pro 2 sebagai antara TWS terbaik dipasaran dan ini menjadi kenyataan dengan penggunaan pelbagai teknologi audio termaju dipasaran.

HUAWEI FreeBuds Pro 3 dilengkapi unit pemacu Ultra-Hearing Dual Drivers yang terdiri daripada unit gegelung dinamik quad-magnet yang berkuasa untuk hasil bunyi yang mantap dan unit trebel mikro-planar yang sangat baik.

Selain itu, FreeBuds Pro 3 mampu memainkan frekuensi serendah 14Hz, manakala frekuensi tinggi mencapai sehingga 48kHz, memberikan pengalaman mendengar yang kaya dengan bass dan perincian.

Selain itu, fon telinga ini juga menggabungkan susunan magnet Halbach baharu dalam persediaan dwi-pemacu, mempertingkatkan lagi transien ultra-tinggi. Ianya turut menyokong L2HC 2.0 dan codec LDAC resolusi tinggi, dengan kadar penghantaran audio maksimum 990kbds/96kHz/24bit.

Dalam pada itu,  HUAWEI FreeBuds Pro 3 dilengkapi dengan teknologi Pure Voice 2.0 untuk memastikan panggilan suara pengguna didengari dengan jelas, walaupun dalam persekitaran yang bising atau secara kasarnya 2.5 kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Ciri ANC pada FreeBuds Pro 3 ini adalah Intelligent ANC 3.0 yang menawarkan 50% penambahbaikan didalam pembatalan bunyi hingar aktif.

Selain itu, Intelligent ANC 3.0 menggabungkan pembatalan bunyi hingar berasaskan mod dan menggunakan pengiraan tepat frekuensi secara langsung sepanjang masa.

Ini membolehkan fon telinga untuk menyesuaikan tahap pembatalan bunyi hingar mengikut persekitaran   dan keadaan pemakaian pengguna. Ia akan menawarkan kesan ANC mengikut kesesuaian yang  dan pengalaman pembatalan bunyi yang disesuaikan mengikut senario.

Bateri

Beralih kepada bateri, HUAWEI FreeBuds Pro 3 mempunyai bateri berkapasiti 510mAh pada bekas pengecasan dan 55mAh pada setiap earbuds. Ini membolehkan pengguna menikmati sehingga 31 jam pendengaran muzik yang bermaksud ia mampu menawarkan anda sehingga 7 hari pendengaran muzik pada kadar purata 4.5 jam sehari.

Melalui bateri pada earbuds sahaja, anda boleh menikmati sehingga 6.5 jam pendengaran tanpa mod ANC atau 4.5 jam dengan mod ANC. Bersama bekas pengecasan pula, anda boleh menikmati sehingga 31 jam tanpa mod ANC atau 22 jam apabil digunakan pada mod ANC ( kelantangan muzik pada tahap 50%).

Penutup

HUAWEI FreeBuds Pro 3 terbukti sebagai satu lagi earbuds terbaik daripada syarikat ini dan ianya menawarkan pengguna kualiti audio dan ciri Intelligent ANC 3.0 yang terbaik dipasaran kerana ianya adalah mengikut keadaan semasa persekitaran dan bukan hanya mengikut mod ANC tertentu.

Pada harga RM 899, HUAWEI FreeBuds Pro 3 boleh letakkan sebagai antara TWS premium dipasaran namun dengan kualiti dan pakej yang ditawarkan, ianya dilihat sebagai pelaburan yang berbaloi.

HUAWEI FreeBuds Pro 3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899

Beli FreeBuds Pro 3 di stor rasmi HUAWEI Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.