Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds FE – Fon Telinga termurah Samsung dengan ANC dan 30 jam waktu penggunaan

Bersama Galaxy S23 FE, Samsung Galaxy FE Series buat julung kalinya juga menawarkan sebuah tablet dan earbud TWS termurah syarikat ini iaitu Galaxy Buds FE.

Samsung Galaxy Buds FE ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399 dan ini adalah ulasan kami mengenai TWS terbaru Samsung.

Rekaan

Samsung Galaxy Buds FE menampilkan rekaan yang sudah pasti diminati pengguna yang mana earbuds ini memiliki wing tip yang berfungsi sebagai pencengkam ketika dipakai dan memastikan ianya sentiasa berada pada posisi sempurna untuk anda menikmati muzik yang imersif.

Selain daripada wing tip, Galaxy Buds FE juga mempunyai rekaan yang sama seperti kebanyakkan earbuds Samsung dengan dua pilihan warna iaitu White dan Graphite seperti unit ulasan kami.

Tidak kira warna apa yang anda beli, bekas pengecasan Galaxy Buds FE ini akan sentiasa tampil didalam kemasan berwarna putih pada bahagian luar dan mengikut warna pilihan anda pada bahagian dalam.

Bagi kami, bekas pengecasan ini tampil didalam saiz yang amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menyimpanya didalam poket seluar anda.

Selain itu, earbuds Galaxy Buds FE ini mempunyai berat sekitar 5.6gram yang tidak terlalu ringan namun ianya tidak akan memberikan sebarang pengalaman yang kurang selesa sepanjang pemakaian.

Kualiti Bunyi dan ANC

Samsung Galaxy Buds FE menawarkan kualiti muzik yang cukup baik walaupun ianya adalah earbuds termurah daripada syarikat ini.

Ianya mampu menawarkan kualiti audio yang memuaskan dengan kesan bass yang mendalam dan pengguna juga boleh menetapkan bunyai audio yang sesuai dengan telinga anda pada bahagian Dynamic equalizer di aplikasi Galaxy Wearable.

Seterusnya, Galaxy Buds FE juga memiliki tiga mikrofon untuk panggilan suara yang jelas dan ianya juga mampu mendengar arahan suara anda untuk mengaktifkan Bixby.

Menariknya, Samsung telah mengekalkan ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) pada Galaxy Buds FE walaupun ianya adalah antara yang termurah. Anda boleh mengaktifkan ciri ANC melalui touch area pada earbuds dan terdapat dua mod iaitu ANC dan Ambient.

Ciri ANC juga boleh diaktifkan melalui aplikasi Galaxy Wearable ( Earbuds Settings > Accessibility > Customize ambient sound).

Dalam pada itu, ciri ANC yang ditawarkan pada Galaxy Buds FE adalah setaraf dengan ANC pada Samsung Buds yang lain dan Samsung juga mendakwa bahawa ciri ANC ini mampu menapis bunyi bising luar sehingga 98%.

Akhir sekali, Galaxy Buds FE juga menawarkan sokongan untuk mencari fon telinga anda melalu ciri Lost Mode dan ianya juga akan memberikan peringatan jika earbuds anda tidak berada bersama telefon pintar.

Bateri

Samsung mendakwa bahawa Galaxy Buds FE mampu menawarkan anda sehingga 30 jam waktu penggunaan yang menjadikanya earbuds TWS dengan jangka hayat bateri terbaik daripada Samsung.

Selain itu, bateri pada fon telinga Galaxy Buds FE ini adalah sehingga 8.5 jam tanpa menggunakan ciri ANC namun apabila ciri ANX di akktifkan, bateri pada fon telinga sahaja menawarkan sehingga 6 jam penggunaan atau 21 jam bersama bekas pengecasan.

Bercakap mengenai pengecasan pula, Buds FE hanya boleh dicaj menggunakan port USB-C dan ini bermaksud tiada pengecasan tanpa wayar disertakan.

Samsung Galaxy Buds FE

Penutup

Samsung Galaxy Buds FE adalah sebuah fon telinga TWS yang dilancarkan pada harga lebih berpatutan namun ianya masih mengekalkan ciri ANC seperti fon telinga flagship dan jangka hayat bateri luar biasa.

Samsung Galaxy Buds FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399 dan setiap pembelian akan turut menerima Minion Eco-Friends Cover bernilai RM 169 secara percuma.

Dapatkan Galaxy Buds FE di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store yang berdekatan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.